BANTING - Seorang lelaki maut selepas diserang dan ditetak sekumpulan individu dalam kejadian di sini yang dipercayai bermotifkan dendam.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat menerima maklumat kejadian melibatkan mangsa berusia 20-an itu daripada MERS999 pada jam 12.01 tengah malam, Selasa.Menurutnya, susulan itu, tiga individu warga tempatan berusia lingkungan 30-an berjaya diberkas di sekitar Banting."Motif kejadian sebenar masih dalam siasatan."Orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat kejadian diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Tambahnya, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-31872222.Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.