MELAKA: Pakatan Harapan (PH) Melaka tiada halangan sekiranya pengundi gabungan itu memberikan sokongan kepada calon BERSATU di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak ditandingi PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pengerusinya, Adly Zahari berkata meskipun tiada kerjasama rasmi antara PH dan BERSATU, pendekatan digunakan kali ini bertujuan meminimumkan pertembungan dengan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bagi membuka ruang kepada sokongan berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya turut mengharapkan pendekatan sama dilaksanakan BERSATU dengan memberikan sokongan kepada calon PH di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
"Asasnya kita tahu bahawa saingan kita adalah Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN). Jadi kalau pengundi kita, takkan kita hendak undi BN atau PN.









