SUBANG - Demi menyelamatkan ibu bapa yang sudah lanjut usia, seorang lelaki mendukung kedua-duanya keluar dari rumah ketika banjir kilat melanda Kampung Melayu Subang, Subang di sini pada Isnin.Zulkarnain Hashim, 46, berkata, detik cemas itu dilaluinya apabila air naik dengan begitu cepat sehingga memaksanya mendukung ibunya yang berusia 90 tahun dan bapanya, 89, ke tempat selamat.Dia berkata, hujan lebat bermula kira-kira 2 hingga 4 petang sebelum air mula naik dengan mendadak sehingga mencapai paras pinggang kira-kira 5 petang."Memang kelam-kabut apabila air naik dengan cepat. Saya terpaksa pikul emak dan ayah untuk bawa mereka ke tempat selamat."Ini bukan kali pertama berlaku. Sudah sejak 1995 masalah banjir ini tidak selesai dan tahun ini sahaja sudah tiga kali kawasan kami dinaiki air," katanya kepada Bernama ketika tinjauan banjir di Kampung Melayu Subang, semalam.Zulkarnain turut mendakwa, siren amaran banjir di kawasan itu tidak berbunyi ketika kejadian, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan sistem amaran awal untuk membantu penduduk membuat persediaan.Dalam kejadian sama, seorang ibu muda pula berdepan detik mencemaskan apabila terpaksa menyelamatkan dua anaknya, termasuk bayi lelaki berusia empat bulan, ketika air mula memasuki kediaman.Nur Atilia Elina Rosli, 24, berkata, ketika kejadian suaminya, Ahmad Nawi Yaman, 27, tiada di rumah kerana bekerja dan air mula naik kira-kira 3.20 petang ketika bayi mereka baru terjaga daripada tidur.Dia bertindak pantas membawa bayi dan seorang lagi anak mereka yang berusia tiga tahun keluar dari rumah bagi mengelakkan terperangkap."Memang kelam-kabut sebab ada bayi. Masa hendak keluar, air sudah paras lutut. Saya terpaksa meredah air sambil mendukung anak-anak untuk ke rumah yang terletak di kawasan lebih tinggi."Ini banjir paling teruk kami alami setakat ini. Air naik sehingga paras dada," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Siantan, Kampung Melayu Subang.Terdahulu, tiga mangsa termasuk seorang lelaki warga emas yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) dan seorang bayi ditempatkan di PPS susulan banjir kilat yang melanda kawasan itu petang ini.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.18 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong tiba di lokasi pada 5.33 petang.Banjir itu menjejaskan kira-kira 92 rumah di empat kawasan, iaitu Lorong Merbau melibatkan 30 rumah, Jalan Cengal (tujuh), Jalan Resak (lima) dan Jalan Jati (50). - Bernama
Banjir kilat: Anak dukung ibu bapa uzur, ibu selamatkan bayi empat bulan

Key takeaways
Banjir kilat di Kampung Melayu Subang memaksa seorang lelaki membawa ibu bapa uzur dan seorang ibu menyelamatkan bayi empat bulan. Masalah banjir di kawasan itu dilaporkan berulang sejak 1995 dan berlaku tiga kali tahun ini.
- Zulkarnain Hashim, 46, mendukung ibu 90 tahun dan bapa 89 tahun keluar dari rumah ketika air naik mendadak.
- Nur Atilia Elina Rosli, 24, menyelamatkan dua anak termasuk bayi empat bulan ketika air memasuki kediaman.
- Siren amaran banjir didakwa tidak berbunyi, menimbulkan keraguan terhadap keberkesanan sistem amaran awal.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Banjir kilat: Penduduk gambarkan air terlalu deras
- Sinar Harian Banjir kilat: Anak dukung ibu bapa uzur, ibu selamatkan bayi empat bulan (this story)









