MASJID TANAH: Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh berazam mengembalikan kegemilangan Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan terkemuka sebelum jatuh ke tangan penjajah.

Ketua Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka itu berkata, sejarah kehebatan negeri itu perlu difahami supaya generasi hari ini menghargai kemerdekaan serta menyedari tanggungjawab membina masa depan anak cucu.

"Sekiranya diberi izin untuk saya memikul amanah, saya mahu kembalikan Melaka lebih gemilang," katanya ketika berucap pada ceramah kempen di Taman Jeram Perdana di sini, malam tadi.

Mengaitkan azam itu dengan sejarah negeri itu, Ab Rauf berkata, Melaka pernah menjadi pusat perdagangan, perkembangan agama dan bahasa yang dikenali di seluruh dunia.