KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) membantah cadangan mengecualikan nikotin cecair yang digunakan dalam produk vape daripada senarai racun kerana dikhuatiri menjejaskan komitmen kerajaan dalam melindungi kesihatan awam.
Presiden MMA, Dr L Sivanesan, berkata pihaknya bimbang susulan laporan portal CodeBlue bahawa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, mengemukakan cadangan berkenaan yang dilaporkan sudah mendapat sokongan Lembaga Racun.
Beliau berkata, cadangan itu menimbulkan persoalan serius mengenai hala tuju kerajaan dalam menangani risiko kesihatan akibat penggunaan vape.
"Tindakan ini menimbulkan tanda tanya serius terhadap komitmen kerajaan dalam melindungi kesihatan awam.






