MASJID TANAH: Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiya mahu membawa pendekatan politik berasaskan prestasi dan khidmat kepada rakyat, bukannya sekadar membina persepsi menerusi kempen terutama di media sosial.
Beliau yang lebih dikenali sebagai atau lebih dikenali Muklis Mubin berkata, pendekatan itu perlu diterjemahkan menerusi kesungguhan menangani isu setempat seperti kebajikan nelayan, banjir, peluang pekerjaan dan kemudahan rangkaian internet masih memerlukan perhatian.
Katanya, isu itu bukan sahaja perlu diberikan perhatian, malah semua calon bertanding wajar bersama-sama memperjuangkannya.
"Kita mahu berkhidmat sepenuh jiwa dan raga kepada warga DUN Kuala Linggi.






