Kuala Lumpur : Hampir 15 tahun terputus hubungan, vokalis kumpulan New Boyz, Tomok, masih menjejaki bekas pemain bass kumpulan berkenaan, Mohd Shukri Mohd Shaharudin atau lebih dikenali sebagai Syuk.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 40, berkata, kali terakhir dia menghubungi Syuk sekitar 2009 atau 2010.

Menjelang konsert kumpulan berkenaan yang dijadual berlangsung pada 5 Disember depan, Tomok berkata, dia turut mencari Syuk di kawasan perumahan serta bertemu dengan ibu Syuk meskipun tiada jawapan hingga sekarang.

"Sebenarnya saya dah cuba untuk menghubungi Syuk, namun belum ada jawapan sampai hari ini. Saya cuba hubungi dan saya sendiri pergi ke kawasan rumahnya, tetapi belum berjaya berjumpa.