Rafizi Ramli tiba di Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung siasatan terhadap ucapannya di Selayang pada 20 Okt lalu.KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli tiba di Bukit Aman kira-kira 10.57 pagi untuk memberi keterangan berhubung dakwaan pembayaran RM9.5 juta kepada Naib Presiden PKR R Ramanan serta isu mafia korporat.
Bekas menteri ekonomi hadir bersama tiga peguam iaitu Nik Zarith Nik Mustapha, Adi Zulkarnain Zulkafli dan Wan Ahmad Qushairi Adzmi.
“Saya dipanggil untuk memberi keterangan di bawah Seksyen 500 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan berhubung satu ceramah yang disampaikan di Selayang pada 20 Okt lalu.
“Notis polis itu menyebut dengan jelaslah bersabit dakwaan RM9.5 juta yang dituduh diberikan kepada Ramanan dan juga ucapan berkaitan dengan mafia korporat,” katanya ketika ditemui.










