Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditahan selepas dikesan menceroboh landasan MRT Laluan Kajang dan dipercayai mencuri kabel antara Stesen Mutiara Damansara dan Stesen Bandar Utama, dekat sini, awal pagi tadi.
Penahanan suspek dibuat susulan maklumat diterima pusat kawalan operasi Laluan Kajang yang mendapati lima individu menceroboh dan berlari di kawasan landasan, 12.58 tengah malam tadi.
Rapid KL dalam kenyataan hari ini berkata, seorang daripadanya ditahan berhampiran Stesen Mutiara Damansara, kira-kira 1.25 pagi tadi.
"Hasil pemeriksaan di kawasan landasan terbabit turut menemukan sejumlah kabel dipotong dan beberapa peralatan dipercayai digunakan dalam kegiatan mencuri kabel.










