Cuberjaya: Kutipan cukai langsung kasar bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini meningkat 5.8 peratus kepada RM174.48 bilion berbanding RM164.92 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kutipan hasil perlu berpaksikan prinsip keadilan dan amanah dengan warga Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) perlu tegas terhadap pengelakan cukai disengajakan.

Bagaimanapun katanya, budi bicara berlandaskan undang-undang tetap perlu diberikan kepada pembayar cukai yang memerlukan bantuan dan bimbingan.

"Dalam sejarah Islam pula, Saidina Umar al-Khattab menegaskan bahawa cukai tanah atau kharaj mesti mengambil kira keadaan tanah dan kemampuan petani.