KUALA LUMPUR: Tekanan ekonomi serta ketidakupayaan mengawal emosi ialah antara faktor dikenal pasti mendorong penderaan fizikal, seksual dan emosi terhadap kanak-kanak di negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata penderaan juga boleh berlaku apabila individu pelaku dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang menganggap kekasaran sebagai perkara biasa.

"Ia membuatkan mereka tidak menyedari bahawa tindakan kasar yang dilakukan sebenarnya boleh menjurus kepada penderaan.

"Punca-punca berkenaan mendorong seseorang itu mencari individu lain sebagai sasaran untuk melepaskan tekanan dihadapi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2026 (PERKKS 26), di sini, hari ini.