KUALA LUMPUR: Hasrat memburu gelaran di Terbuka Amerika Syarikat (AS) terus menyala buat S Sivasangari apabila pemain nombor empat dunia itu mara ke suku akhir, namun perjalanan Ng Eain Yow pula terhenti selepas tewas kepada pemain pilihan ketiga, Diego Elias dari Peru.
Sivasangari mempamerkan aksi meyakinkan apabila menundukkan pemain Mesir, Kenzy Ayman yang menghuni ranking ke-25 dunia, 11-3, 11-7, 11-3 dalam masa 21 minit pada pusingan kedua di Philadelphia, hari ini.
Kemenangan itu membolehkan pemain negara berkenaan mengesahkan tempat ke suku akhir, sekali gus bakal berdepan cabaran lebih getir apabila dijadual bertemu juara dunia, Amina Orfi dari Mesir.
Orfi yang juga pemain nombor satu dunia melangkah ke suku akhir selepas menewaskan rakan senegara, Hana Moataz yang berada di ranking ke-27 dunia, 11-4, 11-0, 11-9.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F08%2F2f1dc7b90047d361c9e16ff087ab2ce1.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
