KUALA LUMPUR: Selepas mencuri perhatian menerusi lagu Cak Cak Cekuk di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-40, penyanyi Wani Kayrie membawa konsep persembahan sama ke pentas antarabangsa apabila dipilih mewakili Malaysia pada ABU Song Festival ke-15 di Colombo, Sri Lanka, semalam.
Lebih membanggakan, Wani menjadi satu-satunya artis yang dipilih Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menggalas tanggungjawab membawa nama negara ke festival berkenaan, sekali gus membuka peluang memperkenalkan keunikan muzik dan budaya tempatan kepada khalayak antarabangsa.
Wani berkata, peluang itu dianggap penghormatan besar, apatah lagi apabila diberikan kepercayaan untuk mewakili negara di pentas berprestij berkenaan.










