SUNGAI BULOH: Seramai 575 mangsa daripada 253 keluarga terjejas akibat kejadian banjir kilat di Kampung Melayu Subang, dekat sini, petang semalam.
Daripada jumlah itu, seramai 30 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Siantan, manakala baki 245 keluarga lagi menumpang di rumah saudara mara.
Pengarah Jabatan Kebajikan Selangor, Azmir Kassim berkata, jumlah ini direkodkan berdasarkan kiraan semasa setakat jam 11.15 pagi tadi.
"Dewan Siantan adalah PPS yang baharu dibuka atas arahan Pengerusi Bencana Daerah, susulan kejadian hujan lebat dan banjir kilat yang berlaku di sini.










