KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah pemodenan aset infrastruktur keselamatan pintu sempadan negara khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) perlu bagi memastikan operasi pemeriksaan dilaksanakan dengan berkesan

Tegas Perdana Menteri, ini termasuk mewujudkan Pusat Kawalan Imigresen Kebangsaan secara masa nyata merentas agensi penguatkuasaan, penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) analitik kecerdasan buatan (AI), selain anjing pengesan di kawasan pengasingan bagasi.

Beliau berkata, ia mengambil kira mengakui kemudahan sedia ada ketika ini yang berasaskan teknologi lama.

"Kita perlu sediakan kemudahan teknologi dan analitik ini yang lebih canggih kerana penjenayah pun menggunakan satu peralatan yang canggih dan tidak dapat dikesan," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.