Kuala Lumpur: Jaguh Skuasy negara, S Sivasangari dan Ng Eain Yow memulakan kempen Terbuka Amerika Syarikat (AS) dengan langkah kanan apabila kedua-duanya mengesahkan tempat ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan dalam aksi pembukaan di Philadelphia.
Sivasangari yang juga pilihan kelima kejohanan, tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan rakan senegara, Aifa Azman, dalam tempoh hanya 22 minit menerusi kemenangan straight set 11-2, 11-4, 11-6.
Sivasangari yang turut muncul juara Terbuka Silicon Valley bulan lalu, bakal berdepan pemain Mesir, Kenzy Ayman, yang menghuni ranking ke-25 dunia, pada pusingan kedua.
Sementara itu, Eain Yow turut mempamerkan aksi meyakinkan apabila menewaskan pemain Sepanyol, Bernat Jaume, yang berada di ranking ke-37 dunia, 13-11, 11-4, 11-3 dalam tempoh 41 minit.









