KUALA LUMPUR: Jaguh skuasy negara, S Sivasangari dan Ng Eain Yow memulakan kempen Terbuka Amerika Syarikat dengan langkah kanan apabila kedua-duanya mengesahkan tempat ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan dalam aksi pembukaan di Philadelphia.

Sivasangari yang juga pilihan kelima kejohanan, tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan rakan senegara, Aifa Azman, dalam tempoh hanya 22 minit menerusi kemenangan straight set 11-2, 11-4, 11-6.

Kemenangan itu menyaksikan jaguh negara berkenaan meneruskan penguasaan ke atas Aifa, pemain di ranking ke-21 dunia, apabila mencatat kemenangan kelapan ke atas lawannya itu.

Sivasangari yang turut muncul juara Terbuka Silicon Valley bulan lalu, bakal berdepan pemain Mesir, Kenzy Ayman, yang menghuni ranking ke-25 dunia, pada pusingan kedua.