MADINAH: Universiti Islam Madinah melanjutkan tarikh akhir permohonan bagi kursus dalam taliannya hingga Sabtu ini.

Ia susulan permintaan daripada pemohon antarabangsa yang menetap di luar Arab Saudi.

Pelanjutan tempoh itu sekali gus memberi masa tambahan kepada mereka untuk melengkapkan permohonan masing-masing.

Universiti itu memaklumkan kursus ditawarkan meliputi beberapa bidang termasuk al-Quran, hadis, syariah, bahasa Arab dan ekonomi, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).