KUALA LUMPUR: Prof Datuk Dr Shahrin Sahib@ Sahibuddin secara rasmi menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Naib Canselor ketujuh Universiti Teknologi MARA (UiTM), semalam.
Pakar Keselamatan Siber, Rangkaian, Sistem Komputer dan Pemprosesan Selari itu menamatkan perjawatannya selepas tiga tahun dilantik ke jawatan itu, 2 November 2023.
Difahamkan, lulusan Doktor Falsafah dalam bidang Pemprosesan Selari di University of Sheffield, United Kingdom itu kini kembali ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Menerusi hantaran di Facebook, anak kelahiran Kampung Sepinang dekat Segamat, Johor itu berterima kasih kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir atas kepercayaan dan peluang menerajui UiTM.









