Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini menetapkan beberapa tarikh antara Mac hingga Ogos tahun depan bagi perbicaraan bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, yang berdepan tiga pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM1.097 juta yang dikaitkan dengan kelulusan kuota pekerja asing.
Hakim Mahkamah Sesyen Azrul Darus menetapkan 4 Mac, 12 April, 24 hingga 27 Mei, 17 hingga 19 Ogos serta 23 hingga 25 Ogos bagi perbicaraan itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan tarikh berkenaan.
Pasukan pembelaan Saravanan sebelum ini memaklumkan bahawa mereka mahukan tarikh perbicaraan paling awal yang boleh ditetapkan.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan telah menyerahkan 31 halaman dokumen kepada pihak pembelaan pagi tadi, dan perkara itu disahkan oleh peguam bela Datuk Geethan Ram Vincent.
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F08%2F2f1dc7b90047d361c9e16ff087ab2ce1.jpg&w=900&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2020%2F12%2Ff228b3bfac2ce10b90ba02458dde4a2e.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2019%2F08%2Ff0994cdf6126b54d95f5b5cc763ebb83.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F521234123123_162664.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FTuju1_957356.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fmuhyiddin1_521848.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-02112026-07_633987.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)



