MELAKA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari, mengakui kedudukannya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Melaka, yang disandangnya sejak dua penggal lalu, berdepan risiko.

Naib Presiden AMANAH itu berkata ia susulan persaingan sengit yang dihadapi di kerusi yang dikuasainya sejak dua penggal lalu itu, selain didorong kekuatan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

"Memang saya tidak nafikan dengan gabungan sedia ada ini iaitu BN dan juga PN, memang saya tahu di atas kertas itu saya cukup berisiko untuk menang.

"Namun bagi saya, paling penting bagaimana kita di peringkat PH meyakinkan rakyat dan mempertahankan kerusi sedia ada yang kita menang sebelum ini," katanya melalui sesi Podcast Khas PRN Melaka ke-16.