PUTRAJAYA: Daya tahan sumber air perlu terus menjadi keutamaan strategik negara berikutan tekanan dihadapi sistem pengurusan sumber itu sudah menjadi semakin kompleks, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia perlu diterapkan dalam perancangan pembangunan bandar, pengurusan guna tanah, perlindungan kawasan tadahan air dan pelaburan pembangunan infrastruktur.

Justeru, katanya, sebarang aktiviti pembukaan tanah dan pembangunan dirancang di kawasan berhampiran sungai perlu mengambil kira kesannya terhadap kawasan hilir.

"Keupayaan negara untuk terus membangun tidak boleh dipisahkan dengan keupayaan mengurus sumber air secara cekap, berkesan serta berasaskan pendekatan sistem bersepadu.