Tokyo: Sebuah jam tangan mewah bernilai 46 juta yen (kira-kira RM 1.19 juta) yang dicuri dari sebuah kedai di Wad Nakano, Tokyo pada 29 Oktober lalu dipulangkan semula bersama sekeping nota bertulis 'Saya minta maaf', lapor Japan Today.
Difahamkan, jam tangan buatan Switzerland jenama, Audemars Piguet itu dicuri dari kedai di tingkat tiga kompleks Nakano Broadway kira-kira jam 8 malam Khamis lalu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggan.
Lelaki itu meminta untuk mencuba jam tangan berkenaan sebelum melarikan diri dari kedai berkenaan dengan masih memakainya.
Dalam pada itu, menurut polis, jam tangan yang dicuri itu bersama nota tulisan tangan yang menyatakan permohonan maaf tiba di kedai berkenaan melalui perkhidmatan kurier pada pagi Ahad.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fmakka2_378157.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)