KUALA LUMPUR – Seorang pengguna pengguna platform Threads diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, supaya menyiarkan permohonan maaf kepada usahawan fesyen, Christy Ng di dua akhbar tempatan dalam tempoh empat hari.Hakim, Datuk Arziah Mohamed Apandi menetapkan kos penyiaran berkenaan perlu ditanggung J Vikneshvra Rau, 36, dan akan ditambah kepada kos sedia ada sekiranya dia tidak mampu membuat pembayaran.Ketika membaca keputusan penghakiman, Arziah berkata, kos penerbitan kenyataan permohonan maaf itu hendaklah diuruskan oleh plaintif, tetapi dibayar oleh defendan sebaik sahaja kos berkenaan dimaklumkan kepadanya."Bagaimanapun, jika defendan tidak mampu membayar kos penerbitan itu, kos berkenaan akan ditambah kepada kos yang telah diperintahkan oleh mahkamah sebelum ini."Sekiranya permohonan maaf itu masih tidak disiarkan selewat-lewatnya pada 31 Oktober ini akibat tindakan atau kegagalan Vikneshvra mengambil tindakan, dia perlu hadir semula ke mahkamah pada 2 November untuk arahan lanjut."Tindakan lanjut itu termasuk kemungkinan hukuman penjara dan denda," katanya.Beliau berkata, kegagalan defendan mematuhi perintah mahkamah dengan menyiarkan permohonan maaf di dada akhbar bukan dilakukan dengan sengaja, sebaliknya berpunca daripada masalah kewangan.Semasa prosiding, Vikneshvra selaku defendan mengaku bersedia untuk mematuhi perintah berkenaan.Bagaimanapun dia berkata, berdepan kekangan kewangan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap."Saya cuma ada RM50 dalam kad Touch 'n Go malah rumah dan kereta tertunggak selama empat bulan."Jika saya tidak bayar bulan ini, pihak bank boleh melelong rumah saya pada bila-bila masa," katanya ketika duduk di kandang saksi.Semasa disoal pendapatan bulanan, lelaki itu memberitahu masih bekerja sebagai penulis resume dan menerima bayaran antara RM150 hingga RM300.Katanya, pendapatan itu sekadar cukup untuk membayar bil dan membeli makanan bagi meneruskan kehidupan pada hari berkenaan.Vikneshvra turut memaklumkan jualan terakhir yang direkodkan atas namanya adalah pada 13 Oktober lalu dan sejak itu, dia tidak memperoleh sebarang jualan atau pendapatan.Katanya, dia hanya bergantung pada baki wang yang masih ada, sekali gus menyebabkan dirinya tidak mempunyai sumber kewangan untuk menampung kos penyiaran permohonan maaf di akhbar.Sementara itu, peguam, Foong Cheng Leong yang mewakili Christy, 39, selaku plaintif, berkata, defendan masih belum mengemukakan sebarang dokumen bagi menyokong dakwaannya mempunyai masalah kewangan yang sangat mendesak."Dia mendakwa, bayaran rumah dan keretanya masih tertunggak, namun tiada bukti mengenai perkara ini dimasukkan dalam fail kes," katanya.Pada 25 November 2025, Christy atau nama sebenarnya Christina Mei Mei Ng dan syarikatnya memfailkan saman terhadap Vikneshvra atas dakwaan menerbitkan pernyataan fitnah di akaun Threads miliknya, ‘archnionverse’, yang menjejaskan reputasi perniagaan plaintif.Pada 13 Februari lepas, Mahkamah Tinggi memasukkan pen