KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa didorong oleh tanda-tanda kemajuan dalam rundingan diplomatik antara Washington dan Tehran.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0690/0750 berbanding dolar AS daripada 4.0695/0735 semasa ditutup pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata rundingan diplomatik antara AS dan Iran berpotensi membawa kepada pembukaan semula Selat Hormuz.
Harga minyak mentah Brent menurun dengan ketara sebanyak 8.12 peratus kepada AS$104.21 setong.









