KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia mencatatkan dagangan tidak menentu pada awal pembukaan, bergerak antara zon positif dan negatif sebelum meningkat, sejajar dengan prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman.
Pada 9.18 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.97 mata kepada 1,622.48 daripada 1,619.51 semasa ditutup semalam.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.25 mata kepada 1,620.76.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 291 berbanding 150 manakala 282 kaunter tidak berubah, 2,000 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.









