GEORGETOWN: Tiga lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes memiliki pelbagai jenis dadah serta senjata api di Jelutong, semalam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Idayu Salim bermula hari ini sehingga 9 November depan.

Ia bagi membolehkan siasatan dijalankan polis mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Dalam serbuan di sebuah premis sebelum ini, polis dilapor merampas pelbagai jenis dadah, peralatan memproses dadah serta senjata api dan peluru.