Georgetown: Tiga lelaki warga tempatan direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini bagi membantu siasatan kes memiliki pelbagai jenis dadah serta senjata api di Jelutong, semalam.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Noor Idayu Salim bermula hari ini sehingga 9 November depan.
Ia bagi membolehkan siasatan dijalankan polis mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Terdahulu, ketiga-tiga suspek berusia antara 40-an hingga 60 tahun tiba di mahkamah kira-kira jam 8.40 pagi dengan diiringi polis serta tangan bergari.








