Istanbul: Bintang bola sepak Mesir, Mohamed Salah dilaporkan berpeluang memperoleh kerakyatan Turkiye bersama isteri dan tiga anaknya susulan sumbangan besar kepada kelab Trabzonspor.

Dakwaan berkenaan didedahkan wartawan Mohamed Al-Qaoud, yang juga koresponden BBC, menerusi hantaran dalam akaun Facebook rasminya.

Beliau mendakwa beberapa persiapan sedang dilakukan bagi memberikan kewarganegaraan Turkiye kepada penyerang berkenaan.

"Saya mendapat maklumat bahawa Mohamed Salah akan menerima kerakyatan Turkiye bersama isteri dan tiga anaknya.