BAITULMAQDIS: Pemimpin parti pembangkang Israel diketuai Gadi Eisenkot mengadakan pertemuan hari ini, selepas semua parti dalam gabungan itu menyokongnya untuk menjadi Perdana Menteri.
Bagaimanapun, penyandang jawatan itu, Benjamin Netanyahu, mahu terus memimpin kerajaan dan menggesa pembentukan kerajaan gabungan lebih besar di bawah kepemimpinannya.
Pertemuan itu adalah yang pertama bagi gabungan pembangkang berkenaan sejak pilihan raya sengit minggu lalu yang menyaksikan tiada mana-mana blok memperoleh majoriti kerusi Parlimen.
Parti Yashar pimpinan Eisenkot berkata, pemimpin parti dalam blok perubahan itu akan bertemu di Herzliya untuk menyelaraskan langkah seterusnya bagi membentuk kerajaan baharu.










