Florida: Pembantu Juruterbang pesawat Learjet 60 yang terhempas di Palm Beach County, Florida, kelmarin, dikenal pasti sebagai Nathalia Gadelha Filgueiras, 20, memperoleh lesen juruterbang ketika masih di bangku sekolah menengah, lapor New York Post.
Difahamkan, Filgueiras mengendalikan pesawat yang dalam perjalanan dari Austin, Texas, menuju ke Bahamas sebelum pesawat itu menjunam pada kadar melebihi 20,000 kaki seminit (6,096 meter) dan terhempas pada petang Ahad.
Ibunya, Camila, dan bapa tirinya mengesahkan, identiti mangsa kepada The Post, sambil memaklumkan Filgueiras sudah bekerja sebagai juruterbang komersial selama sembilan bulan dan mempunyai pengalaman penerbangan selama 1,300 jam.
Camila berkata, dia sentiasa bimbang impian anaknya menjadi juruterbang akhirnya akan memisahkan mereka, namun tetap berbangga kerana Filgueiras berjaya mengejar cita-citanya.









