WASHINGTON: Sebuah pesawat membawa sembilan orang, terhempas di sebuah kawasan perumahan di Florida sehingga mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal, semalam.

Xinhua melaporkan Setiausaha Pengangkutan AS, Sean Duffy, dalam hantaran melalui X memaklumkan bahawa pesawat jenis Learjet 60 itu terhempas di kawasan kejiranan berhampiran Cresthaven kira-kira jam 12.50 tengah hari waktu tempatan.

"Kesemua sembilan orang di dalam pesawat itu maut," katanya sambil memaklumkan bahawa pesawat terbabit berlepas dari Austin, Texas, menuju ke Bahamas.

Duffy berkata, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) akan menghantar pasukan ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB).