WASHINGTON: Sebuah pesawat yang membawa sembilan orang terhempas di sebuah kawasan perumahan di Florida pada Ahad, mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal, kata Setiausaha Pengangkutan AS, Sean Duffy, lapor Xinhua.

Duffy menerusi hantaran di platform X memaklumkan bahawa pesawat jenis Learjet 60 itu terhempas di kawasan kejiranan berhampiran Cresthaven, Florida pada 12.50 tengah hari waktu tempatan.

“Kesemua sembilan orang di dalam pesawat itu maut,” katanya sambil memaklumkan bahawa pesawat berkenaan berlepas dari Austin, Texas menuju ke Bahamas.

Duffy berkata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) akan menghantar pasukan ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB).