WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan bertemu wakil Ukraine dan Russia di Abu Dhabi pada 10 dan 11 November ini bagi membincangkan usaha menamatkan perang antara kedua-dua negara.

Ini termasuk jaminan keselamatan selepas perang dan langkah meredakan ketegangan, seperti mana disahkan seorang pegawai kanan AS kepada Reuters.

Rundingan itu diadakan ketika AS berusaha mencari jalan untuk menamatkan konflik berpanjangan berkenaan sebelum musim sejuk bermula.

Rundingan damai terakhir yang diadakan dengan pengantara AS berlangsung pada Februari lalu, sebelum AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran.