Masjid Tanah: Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mohammad Mukhlisul Mubin mahu membawa pendekatan politik berasaskan prestasi dan khidmat kepada rakyat, bukannya sekadar membina persepsi menerusi kempen terutama di media sosial.
Beliau lebih dikenali sebagai Muklis Mubin, 25, berkata, pendekatan itu perlu diterjemahkan menerusi kesungguhan menangani isu setempat seperti kebajikan nelayan, banjir, peluang pekerjaan dan kemudahan rangkaian internet yang masih memerlukan perhatian.
Dia berkata, isu berkenaan bukan sahaja perlu diberikan perhatian olehnya, malah semua calon bertanding wajar bersama-sama memperjuangkannya.
"Kita nak berkhidmat sepenuh jiwa dan raga kepada warga DUN Kuala Linggi.








