KOTA MELAKA - Barisan Nasional (BN) Melaka tidak akan menjadikan kehadiran ribuan penyokong pada program parti sebagai ukuran kemenangan, sebaliknya memilih untuk terus bekerja keras dan mendekati rakyat menerusi kempen berhemah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, jentera parti perlu memberi tumpuan kepada penyampaian rekod pencapaian kerajaan negeri sepanjang lima tahun mentadbir negeri."Saya menyarankan supaya kita berkempen secara berhemah. BN Melaka tidak menyebarkan politik kebencian, hasutan, perkara jahat atau fitnah."Biar orang lain buat, kita hanya bercerita apa yang telah dilaksanakan untuk rakyat dan apa yang rakyat dapat sepanjang kita menguruskan negeri selama lima tahun," katanya ketika ditemui ketika melawat Bilik Gerakan BN Telok Mas di Bukit Rambai di sini pada Ahad.Ab Rauf berkata, ukuran utama kekuatan BN adalah usaha bekerja lebih keras, tersusun dan terancang bagi memastikan kepercayaan rakyat dapat diterjemahkan kepada mandat pada hari pengundian tidak lama lagi.Beliau berkata, pendekatan kerajaan negeri yang melaksanakan kerja lebih awal juga bertujuan memastikan rakyat tidak hanya didekati atau diberikan perhatian ketika tempoh berkempen."Apabila saya memilih calon untuk menjadi wakil rakyat, perkara pertama ialah wakil rakyat itu mesti menjadi rakyat."Dia perlu tahu masalah dan keperluan rakyat sebelum digariskan sebagai dasar yang boleh dilaksanakan kerajaan pada masa depan," katanya.Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara itu berkata, program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang dilaksanakan berjaya mengenal pasti masalah masyarakat dan menyelesaikan 75 peratus daripada kira-kira 4,800 aduan yang diterima.Sementara itu, mengulas dakwaan bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Datuk Seri Adly Zahari yang mempersoalkan prestasi pentadbiran BN Melaka, Ab Rauf mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut.Beliau berkata, setiap pihak wajar menilai pencapaian dan sumbangan kepada rakyat tanpa perlu mempertikaikan pentadbiran terdahulu."Saya tak tahu dari sudut mana beliau mendapatkan dapatan tersebut namun, saya tidak mahu mengulas kerana beliau juga pernah menjadi Ketua Menteri Melaka dan saya tidak mahu mengulas apa yang dilakukan ketika beliau menjadi Ketua Menteri."Lebih baik kita cerminkan diri dan lihat apa yang telah kita lakukan untuk rakyat. Saya rasa orang Melaka tahu apa yang kita buat," katanya.
BN Melaka pilih kempen berhemah, tidak layan politik kebencian - Ab Rauf

Key takeaways
BN Melaka berkomitmen untuk berkempen secara berhemah dan tidak menyebarkan politik kebencian semasa PRN Melaka.
- BN Melaka tidak menganggap kehadiran penyokong sebagai ukuran kemenangan.
- Parti menekankan penyampaian rekod pencapaian kerajaan kepada rakyat.
- Pendekatan kerajaan adalah bekerja lebih awal untuk memastikan kepercayaan rakyat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro BN elak kempen burukkan lawan sepanjang PRN Melaka
- Sinar Harian BN Melaka pilih kempen berhemah, tidak layan politik kebencian - Ab Rauf (this story)
- Free Malaysia Today MIPP nafi boikot PRN Melaka, tetap bantu kempen PN, BN









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fmakka2_378157.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)