Presiden MIPP P Punithan ketika mengiringi calon PN untuk DUN Paya Rumput, Rafie Ahmad pada penamaan calon PRN Melaka pada Sabtu lalu. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) menolak tanggapan bahawa keputusan tidak bertanding pada PRN Melaka sebagai satu tindakan boikot selepas gagal mencapai persetujuan dengan kepimpinan Perikatan Nasional (PN).
Justin Prabakaran.Ketua Penerangan MIPP Justin Prabakaran menegaskan bahawa jentera parti itu tetap membantu kempen PN dan Barisan Nasional (BN) khusus calon MIC yang bertanding di Gadek supaya masyarakat India mempunyai wakil dalam DUN dan seterusnya dilantik dalam barisan exco.
Katanya, MIPP sanggup mengetepikan perbezaan politik bagi memastikan kepentingan masyarakat India terus mendapat tempat dalam kerajaan negeri yang bakal dibentuk.









