ALOR GAJAH: Tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bukan alasan Datuk Zahari Khalil berundur daripada perjuangan, sebaliknyanya beliau terus turun padang membantu sahabatnya, Datuk Dr Mustafa Musa, mendekati rakyat di Durian Tunggal.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal itu berkata, beliau tidak kecewa dengan keputusan parti memilih calon lain, malah bertekad meneruskan perjuangan bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN) demi masyarakat di kawasan berkenaan.

Menurutnya, beliau terus bertemu penduduk sejak hari keputusan calon diumumkan dan tidak pernah menghilangkan diri, malah akan terus membantu calon berkenaan yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mus sekiranya calon BN itu diberi mandat pada PRN kali ini.