MELAKA - Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.Menurutnya, walaupun bapa tewas setiap kali bertanding di kawasan sama, perkara itu tidak pernah mematahkan semangat tetapi menjadi pembakar untuk bekerja lebih keras mendapatkan kepercayaan pengundi."Ayah saya bertanding lima kali dan lima kali kalah, orang kecam serta membahan itu perkara biasa. Saya ambil perkara itu sebagai satu cabaran dan benih perjuangan untuk menambah lagi semangat bekerja lebih kuat."Kalau ayah saya bertanding lima kali dan lima kali kalah, mungkin saya kena bekerja enam atau tujuh kali ganda untuk mendapatkan hati pengundi di DUN Kuala Linggi," katanya pada sidang akhbar Jabatan Pilihan Raya PH di Bilik Gerakan Utamanya di sini pada Isnin.DUN N01 Kuala Linggi bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mukhlis Mubin dengan penyandang kerusi itu, Datuk Rosli Abdullah (BN) dan Nur Farhana Hamzah daripada Parti Bersama Malaysia (Bersama).Katanya, ada orang melihat dia bertanding kerana mahu merealisasikan hasrat ayah untuk menjadi wakil rakyat namun matlamat paling penting ialah mahu berbakti kepada rakyat."Saya tak ada niat pun nak membalas dendam tapi sebab dah terbiasa dengan kerja-kerja kemasyarakatan dan turun padang, jadi kita pun terikut"Benda baik kita ikut, ayah saya didik untuk pergi ke masjid dan sampai sekarang saya pergi masjid, subuh di masjid tak ada masalah," katanya.Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, ayahnya turut memberi contoh yang baik apabila tetap berkhidmat membantu rakyat walaupun tidak berpeluang menjadi wakil rakyat."Ayah saya sudah lama berbakti walaupun kalah. Dia tetap bekerja dan pergi ke ceruk kampung. Sebut sahaja Ustaz Julas, ramai yang mengenalinya."Jadi, perkara baik yang diajar sejak kecil itu kita ambil dan teruskan supaya dapat membawa sesuatu yang baik kepada masyarakat di Kuala Linggi," katanya.Mukhlis kini aktif dalam Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Amanah Melaka dan Ketua Mahasiswa Amanah Nasional.Sementara bapanya pula merupakan Ketua Amanah Kawasan di Kuala Linggi.Untuk rekod, Ustaz Julas pernah bertanding sebanyak lima kali di kerusi DUN Kuala Linggi sejak 1999.Beliau bertanding atas tiket Pas pada 1999, 2004, 2008 dan 2013 sebelum kembali mencuba nasib pada PRN 2021 menggunakan tiket Pakatan Harapan (PH) menerusi Amanah, namun masih belum berjaya memenangi kerusi berkenaan.
PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin
Key takeaways
Mukhlis Mubin berkata dia tidak berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan ayahnya dalam pilihan raya, tetapi menganggapnya sebagai cabaran untuk berbakti kepada masyarakat.
- Mukhlis 25 tahun adalah calon PH untuk DUN Kuala Linggi.
- Ayahnya, Julasapiyah Kassim, kalah lima kali dalam pilihan raya.
- Mukhlis ingin berbakti kepada rakyat, bukan untuk memenuhi hasrat ayahnya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin (this story)









