PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada Isnin kembali memulakan tugas di agensi itu selepas dilaporkan bercuti minggu lepas.AKPS dalam hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan Mohd Shuhaily memulakan tugasan dengan mempengerusikan Mesyuarat Commander's Call Bil. 3/2026."Mesyuarat yang menghimpunkan semua Pegawai Kanan dan Komander Pintu Masuk AKPS ini memberi tumpuan kepada Gerak Atur 2027."Ia khususnya dalam memperkukuh hala tuju strategik, kesiapsiagaan operasi serta keberkesanan kawalan dan perlindungan sempadan negara. Fokus jelas. Gerak kerja diperkemas. Misi diteruskan," menurut AKPS. Agensi itu terus komited memperkukuh kecekapan pengoperasian, integriti dan keselamatan pintu masuk negara.Dalam hantaran itu, AKPS turut memuat naik enam gambar memaparkan Mohd Shuhaily mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiri pimpinan tertinggi agensi itu.Antara yang hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AKPS, Datuk Mohd Nasaruddin M Nasir; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) AKPS, Zuraini Othman dan Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal.Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan Mohd Shuhaily kembali bertugas dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Mohd Shuhaily dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS bagi tempoh dua tahun dari 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.Pada 21 Oktober, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September. - Bernama
Mohd Shuhaily kembali bertugas

Key takeaways
Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, telah kembali bertugas pada Isnin selepas bercuti. Beliau memulakan tugas dengan mempengerusikan mesyuarat yang menumpukan perhatian kepada Gerak Atur 2027.
- Mohd Shuhaily mempengerusikan Mesyuarat Commander's Call Bil. 3/2026 di AKPS.
- Mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada Gerak Atur 2027 dan kesiapsiagaan operasi.
- KDN mengesahkan Mohd Shuhaily kembali bertugas dengan Polis Diraja Malaysia.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro Mohd Shuhaily akan bertugas seperti biasa - Peguam
- Malaysiakini (BM) Mohd Shuhaily kembali ke pangkuan PDRM lepas khidmat di AKPS tamat
- Malaysiakini (BM) Kembali bertugas di AKPS, Shuhaily pengerusikan mesyuarat strategik
- Sinar Harian Mohd Shuhaily kembali bertugas (this story)








