HANG TUAH JAYA - Parti Bersama Malaysia (Bersama) mendakwa kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Melaka terhimpit apabila peningkatan perbelanjaan tahunan sebanyak tiga kali lebih tinggi berbanding pertumbuhan kutipan hasil.Pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, keadaan itu menyebabkan ruang fiskal kerajaan Melaka semakin mengecil, malah berdepan defisit sebanyak RM59 juta pada tahun 2023."Antara tahun 2021 hingga 2024, perbelanjaan kerajaan negeri meningkat lebih laju daripada peningkatan hasil kutipan cukai dengan purata kadar 6.72 peratus setiap tahun berbanding 2.28 peratus."Bersama akan bawa perkara ini kepada rakyat kerana perkara ini perlu dinilai. Walaupun ada peningkatan kedudukan kewangan kekal defisit dan jika berterusan kerajaan tidak mampu menampung perbelanjaan," katanya.Beliau berkata demikian pada pelancaran manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bertema 'Dulu Kancil Pilih Melaka, Kini Melaka Pilih Kancil' di Ruang Bersama di sini pada Isnin.Rafizi berkata, kebergantungan Melaka kepada sumber hasil terhad khususnya berkaitan premium dan cukai tanah turut menimbulkan persoalan terhadap hala tuju pembangunan negeri.Beliau mendakwa, keadaan itu mendorong kecenderungan menjadikan projek tambakan laut antara pendekatan untuk meningkatkan hasil kerajaan negeri."Malah terdapat laporan banyak pelan pembangunan hartanah yang menjadi projek terbengkalai."Orang melaka kena hadap pembangunan hartanah yang gah diumumkan akhirnya terbengkalai dan bawa keburukan kepada rakyat," katanya lagi.Bekas Menteri Ekonomi itu turut membangkitkan ancaman kenaikan paras laut yang didakwa belum diberikan perhatian sewajarnya menerusi perancangan jangka panjang kerajaan negeri.Menurut beliau, berdasarkan unjuran terdapat kawasan yang berisiko ditenggelami air iaitu Kuala Linggi, Kelebang dan bandar Melaka menjelang 2050."Keluasan zon pesisir pantai berisiko ditenggelami air pasang apabila 25 kilometer persegi (KM²) pada 2022 kepada 32 kilometer KM² menjelang 2050."Ancaman itu bukan sahaja memberi kesan kepada 462,259 penduduk, malah menjejaskan aktiviti perniagaan serta nilai hartanah sekiranya tiada pelan mitigasi bersepadu dilaksanakan," ujar beliau.Rafizi berkata, Bersama mengambil masa meneliti kedudukan kewangan serta pengurusan kerajaan negeri sebelum mengenal pasti beberapa perkara yang memerlukan perhatian dan tindakan segera.Dalam manifesto itu, beliau berkata, beberapa tawaran telah digariskan dengan tumpuan kepada kemampanan kewangan kerajaan negeri, kepelbagaian ekonomi dan ancaman kenaikan aras laut.Katanya, antara agenda dalam manifesto tersebut merangkumi sasaran nisbah peningkatan hasil kerajaan negeri sebanyak lima peratus berbanding pertambahan perbelanjaan tiga peratus, bagi memastikan kedudukan kewangan negeri lebih mampan."Pertumbuhan ekonomi tidak lagi bergantung kepada sektor hartanah sebagai punca hasil terbesar kerajaan negeri dan untuk itu kita mencadangkan sekiranya Bersama menubuhkan kerajaan menumpu em
PRN Melaka: Bersama tawar formula baharu

Key takeaways
Parti Bersama Malaysia mengkritik kewangan Kerajaan Negeri Melaka yang menghadapi defisit RM59 juta pada 2023 kerana perbelanjaan meningkat lebih cepat daripada hasil cukai.
- Perbelanjaan kerajaan Melaka meningkat 6.72% setahun berbanding pertumbuhan hasil cukai 2.28%.
- Bersama menuduh Melaka bergantung kepada sumber hasil yang terhad seperti premium dan cukai tanah.
- Projek tambakan laut dianggap sebagai pendekatan untuk meningkatkan hasil kerajaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Formula 21+7 PRN Melaka
- Berita Harian PRN Melaka uji formula kerjasama UMNO-PAS untuk PRU
- Utusan Malaysia PRN Melaka: BN tawar PN jawatan dalam kerajaan negeri
- Sinar Harian PRN Melaka: Bersama tawar formula baharu (this story)







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F08%2Fe2d1fba86c7f4f8502998136fc91f1c7.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
