AYER KEROH: Pembangun perisian automasi `play test' di sebuah syarikat telekomunikasi ternama negara, Muhamad Syahmi Mohd Alwi dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ke-22.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan) dengan kepujian itu berjaya mencapai purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.92 sepanjang pengajian selain mencatat nama sebagai penerima Anugerah Dekan sebanyak tujuh kali.
Selain Syahmi, turut menerima anugerah sama adalah Yap Zhi Xuan, graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik dengan kepujian menerusi pencapaian cemerlang PNGK 3.97.
Kedua-duanya menerima pingat, sijil anugerah berserta dengan wang tunai RM 7,500 pada Majlis Konvokesyen UTeM ke-22 yang disempurnakan oleh Canselor UTeM yang juga Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam. Hadir sama Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2F089466d6856db735a6bc81a5fb19d679.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
