KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan injunksi oleh tokoh korporat, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, bagi menghalang Bloomberg News menerbitkan atau menyebarkan kenyataan didakwa berunsur fitnah terhadap dirinya.
Perintah itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin, susulan prosiding yang berlangsung hari ini.
Perkara itu disahkan peguamcara Farhash, Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co, menerusi kenyataan media yang memaklumkan prosiding undang-undang dimulakan anak guamnya terhadap Bloomberg News dan anak syarikat agensi itu di Malaysia.
Menurut kenyataan itu, tindakan undang-undang berkenaan diambil susulan ancaman penerbitan artikel yang didakwa mengandungi kenyataan palsu, tidak berasas dan berunsur fitnah terhadap anak guam mereka.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2F089466d6856db735a6bc81a5fb19d679.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
