KOTA MELAKA - Tindakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang mahu minit mesyuarat Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didedahkan didakwa bermotifkan politik bagi meraih sokongan pengundi Cina pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Albert Kok juga melihat tindakan berkenaan sebagai cubaan mencabar institusi Raja-Raja Melayu, khususnya Yang di-Pertuan Agong.Menurutnya, kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa prerogatif dan budi bicara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, justeru perlu dihormati semua pihak termasuk parti politik."Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong itu merupakan dokumen sulit negara yang tidak seharusnya dipersoalkan atau dipertikaikan sewenang-wenangnya."Saya lihat niat sebenarnya ialah untuk menarik pengundi Cina. Tetapi jangan gunakan cara ini untuk meraih undi sehingga membelakangkan institusi raja-raja," katanya ketika sidang media di Bilik Gerakan DUN Kesidang, Taman Malim Jaya di sini pada Isnin.Albert turut mendakwa kenyataan Anthony yang juga Menteri Pengangkutan itu berunsur hasutan dan mengkhianati Perlembagaan Persekutuan.Justeru, beliau menggesa pihak polis menjalankan siasatan secara telus, cekap dan bebas serta mengambil tindakan sewajarnya tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.Dalam perkembangan sama, Albert memaklumkan beliau telah membuat laporan polis terhadap Anthony berhubung isu berkenaan di Balai Polis Batu Berendam pada pagi Isnin, susulan laporan yang disiarkan sebuah portal berita.Beliau turut memberi amaran bahawa tindakan mempertikaikan kuasa dan kedudukan institusi diraja secara berterusan boleh menjejaskan kedudukan institusi berkenaan sebagai lambang kedaulatan negara.
PRN Melaka: Albert Kok dakwa Anthony 'tunggang' isu pengampunan Najib raih undi Cina

Key takeaways
Albert Kok mendakwa tindakan Anthony Loke mempersoalkan isu pengampunan Najib bertujuan meraih sokongan pengundi Cina.
- Anthony Loke didakwa mempersoalkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan secara politik.
- Albert Kok menuduh Anthony mengkhianati Perlembagaan Persekutuan dengan kenyataannya.
- Beliau meminta polis siasat secara telus dan bebas terhadap kenyataan Anthony.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- FARAH SHAZWANI ALI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Ab Rauf kekal ketua menteri jika BN menang PRN Melaka
- Malaysiakini (BM) PANDUANKINI | Kerusi panas PRN Melaka dan peluang untuk parti kancil
- Malaysiakini (BM) Persaingan satu lawan satu, tiga penjuru dominasi PRN Melaka
- Malaysiakini (BM) PH pertaruh pencapaian ekonomi, isu rakyat dalam PRN Melaka
- Malaysiakini (BM) BN pelawa PN tadbir Melaka jika menang PRN
- Sinar Harian PRN Melaka: Albert Kok dakwa Anthony 'tunggang' isu pengampunan Najib raih undi Cina (this story)








