SHAH ALAM - Keadaan politik yang menyaksikan parti pernah menjadi seteru kini bekerjasama dalam kerajaan sebelum kembali bersaing dalam pilihan raya sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat diharap dapat diselesaikan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, situasi itu berlaku apabila parti yang sebelum ini bersaing kini berada dalam satu kerajaan, namun terpaksa berhadapan antara satu sama lain apabila tiba musim pilihan raya."Sekarang Barisan Nasional (BN) dengan kami satu kerajaan. Segala bentuk kenaikan gaji, segala bentuk kebajikan, bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dan sebagainya dibuat bersama."Oleh itu, kami tak boleh tuntut itu hak kerajaan Pakatan Harapan (PH). BN pun tak boleh tuntut itu hak kerajaan BN. Maka sama-sama berkempen di situ (Melaka)."Pengundi sudah tentu ada kekeliruan. Jadi dalam suasana begini kita lihat sekarang ini macam lawan menjadi kawan, kawan menjadi lawan dalam politiklah," katanya.Beliau berkata demikian selepas program Interviu bertajuk 'Bang Mat Dedah Masalah Padi' yang dihoskan moderator, Haizir Othman di Studio F Sinar Harian, Kompleks Karangkraf di sini pada Isnin.Justeru, Mohamad berharap keadaan politik sedemikian dapat dirungkaikan sebelum PRU akan datang supaya rakyat tidak terus keliru dengan hubungan antara parti yang bekerjasama dalam kerajaan, namun bersaing apabila tiba musim pilihan raya.Mengulas lanjut, beliau berkata, dirinya pernah berhadapan UMNO dan BN selama 37 tahun sebelum kedua-dua pihak menjalinkan kerjasama menerusi pembentukan kerajaan perpaduan.Katanya, perkembangan itu turut menggembirakan beliau apabila menyaksikan pemimpin UMNO dan BN berkempen bersama PH."Saya berlawan dengan UMNO, Barisan Nasional 37 tahun. Tiba-tiba menjadi rakan kerana Pakatan Harapan."Alangkah gembira bila melihat pemimpin UMNO, BN berkempen bersama kami," ujarnya.Bagaimanapun, Mohamad mengakui agak tersentak dengan perkembangan politik di Johor dan Negeri Sembilan, meskipun beliau antara individu yang lantang menyokong pembentukan kerajaan perpaduan.Beliau berkata, sentimen yang terbentuk dalam kalangan masyarakat bukan mudah diubah walaupun pelbagai penjelasan diberikan, sekali gus menjadi cabaran kepada parti politik untuk memastikan rakyat memahami kedudukan serta kerjasama antara mereka.
Mat Sabu harap isu lawan jadi kawan, kawan jadi lawan selesai sebelum PRU

Key takeaways
Presiden Amanah, Mohamad Sabu, menegaskan bahawa kerjasama parti dalam kerajaan tidak mengubah hak mereka semasa PRU, dan berharap rakyat tidak keliru tentang hubungan parti sebelum pilihan raya.
- Sabu menekankan BN dan Amanah bekerjasama dalam kerajaan, namun tidak saling menuntut hak kerajaan masing-masing.
- Ia berharap situasi 'lawan menjadi kawan, kawan menjadi lawan' dapat dirungkaikan sebelum PRU.
- Sabu pernah berhubungan dengan UMNO dan BN selama 37 tahun sebelum kerjasama kerajaan terbentuk.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURUL HIDAYAH HAMID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Gelanggang percaturan musuh jadi kawan, rakan jadi lawan
- Free Malaysia Today Zahid jangka isu ‘sakau’ jadi bahan kempen lawan di PRN Melaka
- Malaysiakini (BM) Zahid harap bayaran projek KKDW selesai hujung tahun ini
- Sinar Harian Mat Sabu harap isu lawan jadi kawan, kawan jadi lawan selesai sebelum PRU (this story)







