SHAH ALAM – Pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) mempunyai kemampuan meningkatkan hasil pengeluaran padi setanding pencapaian pesawah di Sekinchan, Selangor.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, tanggapan bahawa semua kawasan di bawah MADA gagal mencapai hasil pengeluaran yang baik adalah tidak tepat.Menurutnya, terdapat pesawah di kawasan berkenaan yang mampu menghasilkan antara lapan hingga 10 tan padi, sekali gus membuktikan potensi sektor penanaman padi di kawasan itu untuk terus dipertingkatkan.Mohamad berkata demikian menerusi program Interviu bertajuk 'Bang Mat Dedah Masalah Padi' yang dihoskan moderator, Haizir Othman di Studio F Sinar Harian, Kompleks Karangkraf di sini pada Isnin.AKAN MENYUSUL