SHAH ALAM - Bekalan makanan negara dijamin mencukupi sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan akan datang meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik dunia dan kemungkinan fenomena El Nino.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana bekalan makanan negara ketika ini stabil dan keperluan pengguna terus terjamin.Menurutnya, kerajaan sentiasa memantau situasi bekalan makanan negara bagi memastikan keperluan rakyat terus terjamin, termasuk mengambil kira kemungkinan peningkatan kos pengangkutan susulan perubahan geopolitik dunia."Bekalan makanan kita mencukupi bukan seperti negara Eropah sekarang. Mungkin harganya akan berubah sedikit, tetapi bekalan makanan kita masih mencukupi."Saya akan mengambil tanggungjawab memastikan bekalan makanan mencukupi sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan akan datang," katanya.Mohamad berkata sedemikian selepas program Interviu bertajuk 'Bang Mat Dedah Masalah Padi' yang dihoskan moderator, Haizir Othman di Studio F Sinar Harian, Kompleks Karangkraf di sini pada Isnin.Mohamad Sabu memaklumkan, kerajaan mengambil kira kemungkinan berlakunya fenomena El Nino yang boleh menjejaskan sektor pertanian dan pengeluaran makanan negara.Sehubungan itu, beliau memberi jaminan kerajaan akan terus mengambil tanggungjawab memastikan bekalan makanan mencukupi serta keperluan rakyat tidak terjejas.Dalam pada itu, Mohamad Sabu menasihatkan orang ramai supaya meneruskan pembelian barangan makanan seperti biasa dan mengelakkan pembelian panik yang boleh menjejaskan kestabilan bekalan di pasaran."Tidak perlu panik. Seperti biasa, jika membeli seekor ayam sehari, teruskan. Jangan beli lima ekor ayam kerana tindakan itu akan memberi kesan kepada bekalan kita," katanya.Beliau turut memaklumkan pihaknya sentiasa mengadakan perbincangan dengan agensi berkaitan bagi memastikan bekalan makanan negara terus terpelihara.
Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan - Mohamad Sabu

Key takeaways
Menteri Pertanian, Mohamad Sabu, menjamin bekalan makanan negara mencukupi untuk tempoh enam bulan akan datang meskipun berdepan cabaran geopolitik dan fenomena El Nino. Beliau menegaskan kerajaan sentiasa memantau situasi bagi memastikan keperluan rakyat terjamin.
- Bekalan makanan negara dijangka stabil sekurang-kurangnya selama enam bulan.
- Kerajaan memantau kesan geopolitik dunia dan fenomena El Nino terhadap sektor pertanian.
- Mohamad Sabu menegaskan harga mungkin berubah tetapi bekalan tetap mencukupi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURUL HIDAYAH HAMID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Bekalan makanan negara mencukupi, belum sampai tahap darurat
- Sinar Harian Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan - Mohamad Sabu (this story)







