SYDNEY/SHANGHAI/LONDON: Telefon lipat pertama Apple, iPhone Duo, mula dijual di seluruh dunia pada Jumaat dengan harga sekitar AS$2,000 (RM8,170), namun pelancarannya tidak semeriah pelancaran model iPhone terdahulu.
Dari Singapura dan Shanghai hingga London dan San Francisco, permintaan terhadap telefon itu tinggi.
Bagaimanapun, jualan yang dihadkan menyebabkan barisan pelanggan yang beratur panjang sehingga mengelilingi blok bangunan serta mereka yang berkampung semalaman, yang pernah menjadi kebiasaan ketika pelancaran iPhone baharu, semakin berkurangan.
Pesaing seperti Samsung Electronics dan Huawei Technologies sudah bertahun-tahun menjual telefon lipat premium.










