Kuala Lumpur: Kerajaan tidak menolak keperluan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menangani isu mafia korporat di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagaimanapun, kerajaan berpandangan bahawa perkara itu harus dilihat berdasarkan kewajaran untuk melanjutkan siasatan termasuk mengenal pasti skop yang benar-benar perlu diteliti.
Menurutnya, kerajaan tidak menolak keperluan itu sekiranya terdapat asas dan keperluan yang jelas untuk suatu siasatan lebih menyeluruh serta fakta kukuh.
"Kerajaan akan terus memastikan bahawa sebarang dakwaan yang mempunyai asas diteliti secara telus.










