London: Sergio Garcia menjadi nama besar terbaharu meninggalkan LIV Golf ketika bekas juara utama itu mengintai peluang kembali menyertai pasukan Eropah dalam saingan Piala Ryder.
Pemain Sepanyol berusia 46 tahun itu mengesahkan akan kembali beraksi dalam Jelajah DP World yang berpangkalan di Eropah pada 2027.
"Jelajah ini memainkan peranan besar dalam karier sejak awal dan saya bangga dapat kembali menganggapnya sebagai rumah sendiri," katanya menerusi satu kenyataan di media sosial.
Garcia turut membuka peluang untuk kembali menyertai Jelajah PGA Amerika Syarikat (PGA Tour).










